Terlalu asyik ‘membawang’, kepala wanita tersangkut dalam jeriji besi

0
294

GARA-GARA terlalu asyik ‘membawang’, seorang wanita terpaksa mengharungi detik mencemaskan apabila kepalanya tersangkut di jeriji besi rumah jirannya selama hampir lima jam.

Kejadian di Bogota, Colombia itu berlaku ketika mangsa dikatakan sedang rancak berbual dengan jirannya itu sebelum secara tidak sengaja memasukkan kepala di celah-celah jeriji berkenaan.

Wanita yang tidak dinamakan itu kemudiannya panik apabila tidak dapat mengeluarkan kepalanya.

Menurut laporan media tempatan, kejadian itu berlaku di bandar La Virginia apabila wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan pergi ke rumah jirannya.

Ada laporan memetik saksi mendakwa melihat wanita itu terlalu ghairah untuk berbual dengan jirannya hingga dia memasukkan kepalanya ke dalam jeriji besi itu.

Laporan lain pula, wanita itu memasukkan kepalanya ke dalam jeriji besi yang berkunci itu untuk memanggil atau melihat sama ada jirannya ada di rumah atau tidak sebelum kepalanya tersekat.

Jirannya yang menyedari kejadian itu segera membantu wanita berkenaan melepaskan dirinya tetapi gagal sebelum mereka meminta bantuan bomba.

Kepala wanita itu dilaporkan tersangkut selama lima jam sebelum anggota bomba memotong jeriji besi itu untuk menyelamatkannya.

Wanita itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan tetapi trauma dengan keletihan selepas lima jam terperangkap. – AGENSI

Comments

PERINGATAN:

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here