Tertangkap mencuri roti, remaja bertindak kasar dan kurang ajar cetus kemarahan netizen

0
155


Banyak kes jenayah dan salah laku yang tular di laman sosial, kebanyakannya adalah melibatkan golongan remaja dan anak-anak muda. Perkara ini seharusnya perlu dipandang serius dan sangat membimbangkan kerana mereka ini ialah pemankin masa depan negara.

Sebuah video CCTV telah tular menerusi di laman Facebook, kerana merakam memaparkan aksi kurang ajar seorang remaja lelaki yang bertindak menumbuk peniaga roti di situ.

Video ini telah menimbulkan reaksi dan kemarahan kepada pengguna laman Facebook, yang geram kerana tindakan remaja terbabit. Sehingg kini, video berkenaan telah mendapat hampir 1,200 komen daripada para netizen yang tidak berpuas hati dengan kelakuannya.

Sian pakcik juai roti ni..😥Kalau dapat budak baju merah tu, patut diberi sedikit pengajaran biaq dia tau erti penyesalan..

Posted by Penang Kini on Thursday, October 17, 2019

Seorang remaja yang dilihat memakai pakaian berwarna merah, mengambil roti dengan kuantiti yang agak banyak, tanpa rasa bersalah. Pakcik yang berniaga menggunakan motosikalnya menyedari perkara berkenaan dan bertindak menghalang remaja daripada lari begitu sahaja.

Remaja berkenaan dilihat agak bengang dengan tindakan peniaga yang menghalang laluannya untuk beredar dari situ. Serta merta, remaja itu bertindak menumbuk pakcik tersebut dan meluru menuju ke kawannya yang sedang menunggu di penghujung jalan.

Disebabkan terlampau geram dengan tindakan tidak berhati perut remaja berkenaan, kebanyakan netizen telah melemparkan kemarahan mereka dan berharap lelaki itu akan ditangkap pihak berkuasa.

Kalau tak mampu macam mana sekali pun, dinasihatkan agar janganlah mencuri. Boleh sahaja minta elok-elok, lepas ada duit bayar kemudian hari.

Sumber: Penang Kini.

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here