Tiga beradik yatim piatu, anak dah tercari2 mak ayah

0
270


Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata setelah ibu bapa mereka maut apabila kereta Perodua Myvi dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, Rompin pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu menyebabkan Muhammad Noor Idham Ramli maut di tempat kejadian manakala isterinya Surawati Mohd meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Muadzam Shah, Rompin.

Kemalangan turut mengakibatkan anak pasangan terbabit iaitu Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfaan Rakeen, 2, mengalami cedera ringan.

Selain itu, pemandu lori Md Kamarudin Ibrahim turut cedera dan keterangannya sudah diambil bagi membantu siasatan.

Salah seorang jiran mangsa, Ain Sofea memuat naik sebuah posting di laman Facebook selepas selesai urusan pengebumian pasangan tersebut.

Sekelip mata semuanya berubah..😔😔Moga arwah isa@idham dn atie dipermudhkn urusannya di negeri abadi..😥Moga ank2nya…

Posted by Ain Sofea on Thursday, October 3, 2019

“Sekelip mata semuanya berubah. Moga anak-anaknya juga dipermudahkan kehidupannya di dunia ini. Terima kasih juga kepada semua rakan2 yang memberi derma kilat untuk sahabat kita ni..
“Akan saya sampaikan amanah ini kepada keluarganya. Hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan anda semua. Baru selesai urusan arwah, semoga roh arwah tenang di sana,” tulisnya.

Posting berkenaan mendapat sebanyak lebih 2,700 tanda suka dan 1,200 perkongsian setakat ini serta dihujani ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Sumber : Ain Sofea

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here