Tragedi 6 ahli bomba lemas, isteri rasa kosong kali pertama puasa tanpa arwah

0
795


Tragedi enam anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat di lombong Taman Putra Perdana, Puchong pada Oktober lalu sukar dilupakan rakyat Malaysia.

Apatah lagi bagi isteri salah seorang mangsa, Adnan Othman iaitu Shahmiza Salleh yang menyambut Ramadan pertama kali tanpa suami di sisi.

Menurut Shahmiza, dia merindui kenangan ketika bersahur dan berbuka puasa dengan arwah suaminya kerana mereka sering merancang bagaimana mahu menyambut Ramadan bersama-sama.

“Saya sering mendahulukan selera arwah. Hari pertama puasa tahun lalu, arwah minta masakkan Butter Prawn. Walaupun tidak begitu mahir, saya cuba sebaik mungkin.

“Arwah suka makanan pedas seperti sambal namun sejak pemergiaannya, saya masih tiada keupayaan untuk memasak menu seperti itu,” katanya.

Tambah pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu berkata, dia terpaksa meneruskan kehidupan bersama anak-anak sambil mengimbau memori dengan suami tersayang.

“Saya dah jarang masak kerana perasaan itu berlainan sangat. Dulu arwah banyak tolong di dapur, tapi kini tiada lagi.

“Bila arwah tiada, rasa hidup ini kosong saja. Sebab tiada lagi orang kacau kita di rumah, arwah memang suka menyakat,” ujarnya.

Sumber : Nona

Komen





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here