Guru Maut Tergelincir. Tragedi Pilu Persiapan Akhir Buka Sekolah.

0
674
cikgu SK Batu Gajah maut tergelincir

Guru Maut Tergelincir Dari Tingkat 1 Semasa Persiapan Akhir Buka Sekolah.

Semua sekolah rendah di seluruh negara giat membuat persiapan akhir untuk dibuka semula setelah hampir empat bulan ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk itu, semua guru dan kakitangan sekolah hadir sebelum sekolah dibuka untuk membuat persiapan bagi memenuhi SOP Pembukaan Sekolah Pasca PKP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Esok (15 Julai 2020) murid Tahun 5, Tahun 6, Tingkatan 6 Semester 1, kelas peralihan serta tingkatan 1 hingga 4 akan dibuka seperti yang telah dimaklumkan dalam sidang media Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan baru-baru ini.

Guru Maut Tergelincir Dari Tingkat 1 Semasa Persiapan Akhir Buka Sekolah.

Namun begitu satu tragedi yang begitu menyayat hati terjadi ketika warga pendidik SK Batu Gajah bertungkus lumus dan bekerjasama mempersiapkan kelas sempena pembukaan sekolah esok.

Salah seorang guru di sekolah tersebut maut tergelinciir lalu terjatuh dari balkoni tingkat satu bilik darjah sekolah tersebut.

Guru Maut Tergelincir Dari Tingkat 1 Semasa Persiapan Akhir Buka Sekolah
Foto dari Facbook

Menurut yang dipetik dari laporan Berita Harian,  kejadian tersebut berlaku pada jam 12.30 tengahari di mana  mangsa berusia 54 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf, berkata ketika kejadian mangsa sedang melakukan pemeriksaan air bagi memastikan setiap sinki di dalam kelas berfungsi.

Guru Maut Tergelincir Dari Tingkat 1 Semasa Persiapan Akhir Buka Sekolah
Foto dari Facebook

“Mangsa dikatakan memanjat keluar dari dalam kelas ke balkoni belakang sebelum memijak kerusi plastik dan tergelincir jatuh pada ketinggian kira-kira tiga meter,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya di balkoni berkenaan manakala terdapat guru lain dalam kelas itu.

“Terdapat guru yang melihat kejadian berkenaan dan kami dimaklumkan semua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok.

Guru Maut Tergelincir Dari Tingkat 1 Semasa Persiapan Akhir Buka Sekolah
Foto dari Facebook Saedah Mohdyusoff

“Mangsa yang mempunyai lima orang anak mengajar subjek Matematik di sekolah berkenaan sejak 17 tahun lalu,” katanya.

Zainuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

BACA : Budak2 Sekolah Kurang Ajar Hantar Mesej PM Mintak Jangan Buka Sekolah

Anak Guru Maut Tergelincir Cerita Tentang Arwah Ayahnya Sebelum Meninggal

“Selalunya arwah bapa seorang yang tidur awal namun sejak seminggu lalu, dia sanggup meluangkan masa dengan anak-anak sehingga kami semua masuk tidur jam 12 tengah malam.

Guru maut
Foto dari Facebook Saedah Mohdyusoff

“Memang agak pelik dan tidak menyangka itu petanda dia akan meninggalkan kami buat selama-lamanya,” luah Muhammad Zulhakim, 21, iaitu anak kepada guru, Rosle Abdul Aziz, 54, yang maut terjatuh dari tingkat satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah.

Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, kira-kira setengah jam sebelum kejadian berlaku, arwah ada menghubunginya meminta dokumen persekolahan adiknya dan dia sempat ke sekolah berkenaan jam 12 tengahari.

“Saya sampai ke sekolah dan hanya adik keluar bertemu bapa untuk menyerahkan dokumen. Kami tidak sangka tidak lama kemudian, mama menghubungi saya memaklumkan kejadian yang menimpanya.

“Arwah sebelum ini ada menceritakan setiap kelas di sekolahnya memasang sinki sebelum pembukaan sekolah esok dan minat bertukang.

“Walaupun kami sekeluarga masih terkejut dengan kejadian ini, namun kami reda dengan ketentuan Allah,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Tanah Merah (HTM), di sini, hari ini.

Muhammad Zulhakim Rosle, 21. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
Muhammad Zulhakim Rosle, 21. – Foto Nik Abdullah Nik Omar

Muhammad Zulhakim turut menyifatkan kehilangan Allahyarham bapanya sangat dirasai mereka sekeluarga kerana dia seorang yang sangat bertanggungjawab dan mementingkan keluarga dalam setiap urusan.

“Arwah bapa kami memang seorang yang terbaik dan selalu bagi komitmen penuh dengan memberi pendidikan seimbang sama ada sekolah dan pendidikan agama.

“Setiap hari bapa hanya menghabiskan masa dengan keluarga…dia tidak suka lepak di kedai kopi seperti orang lain.

“Saya perlu kuat demi adik-adik dan berdoa kami semua dapat menempuhi ujian ini dengan baik,” katanya yang menuntut di Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Katanya, jenazah bapanya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pisang Gala, petang tadi.

Terdahulu, dalam kejadian jam 12.30 tengahari itu, mangsa yang juga guru Matematik tergelincir dari balkoni belakang tingkat satu di SK Batu Gajah, ketika melakukan persiapan akhir sempena pembukaan sekolah itu.

Mangsa yang terjatuh pada ketinggian tiga meter itu cedera parah di kepala akibat terkena longkang dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

bharian