Trauma dibuli melampau, mak saman sekolah 2 juta demi keadilan anak gadis!

0
4924


Sebuah sekolah di Temerloh, Pahang bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang oleh keluarga salah seorang pelajar mereka. Tindakan ini diambil setelah seorang pelajar perempuan dikatakan telah mengalami trauma yang teruk akibat dari kejadian buli yang menimpanya.

Disebabkan itu, keluarga pelajar berkenaan menfailkan saman kepada SMK Seberang Temerloh dengan menuntut sebanyak RM2 juta bagi mendapatkan keadilan buat anak perempuan mereka sewaktu menimba pembelajaran di sana.

Ibu kepada mangsa iaitu Zaifon Yusoff mengatakan bahawa, anak gadisnya yang berusia 16 tahun itu kini sedang mengalami trauma dan tekanan perasaan akibat daripada kejadian yang menimpanya tahun lalu.

Gambar hanya sekadar hiasa

Sehinggakan anak bongsunya itu terpaksa menerima rawatan daripada psikiatri dan psikologi di hospital kerajaan setiap bulan bagi mengatasi masalah emosinya.

Pelajar perempuan berkenaan dikatakan telah dibuli dengan teruk oleh pelajar lelaki yang juga merupakan rakan sekelasnya sewaktu ditingkatan tiga pada bulan Julai tahun lalu.

Gambar hanya sekadar hiasan

Pelajar lelaki berkenaan didakwa telah membuli gadis berkenaan antaranya dengan menumbuk dada, perut dan kaki serta meramas payudaranya. Disebabkan itu, pelajar perempuan berkenaan telah mengalami kecederaan pada dada, paha kiri, mata, lengan dan leher serta mengalami trauma.

Bahkan, dia terpaksa dimasukkan ke dalam  wad psikiatri untuk pemerhatian.

Keluarganya menuntut ganti rugi am sebanyak RM1.5 juta, ganti rugi teladan RM300,000, ganti rugi tambahan RM300,000, kos undang-undang dan kos lain yang difikirkan sesuai dan perlu oleh mahkamah.

Tindakan undang-undang ini dibuat mereka sekeluarga bukannya untuk mendapatkan wang, tetapi mahu menuntut keadilan buat anak perempuannya, yang kini berlaku agresif dan mampu untuk merosakkan diri sendiri serta telah enggan untuk bersekolah.

Sumber: The Star.





Source link