Tunai umrah bersama, Tengku Hasanal tak kekok bantu kekandanya bertahallul

0
4


Beberapa hari lepas, KDYMM Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah memaklumkan bahawa baginda beserta anakanda-anakandanya telah berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah.

Paling mencuri tumpuan sudah semestinya kehadiran pemangku Sultan Pahang, Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah yang baru sahaja selesai pentauliahan di akademik tentera.

Baginda di jangka pulang ke Tanah Air untuk berkhidmat sebagai pemangku sultan sepenuhnya selepas selesai menunaikan ibadah umrah ini.

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian yang diperoleh daripada HouseOfPahang di Instagram mengenai tindakan Tengku Hasanal yang membantu iaitu YAM Tengku Panglima Raja bertahallul di Bukit Marwa, Masjidil Haram selepas selesai umrah telah menarik perhatian warganet.

Rata-rata warganet yang meninggalkan komen diruangan Instagram sumber telah berasa kagum dengan semangat kekeluargaan dalam jiwa keluarga diraja ini.

Mereka turut mendoakan agar keluarga besar KDYMM Agong diberikan kesihatan dan kehidupan yang harmoni agar menjadi contoh terbaik buat seluruh rakyat Malaysia.

Sumber : HouseOfPahang





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here