Umur baru 21 tahun, Scha Elinnea dah boleh beli Mercedes harga RM200 ribu

0
673

Pelakon jelita Scha Elinnea meluahkan rasa syukur atas berkat doa keluarga dan usahanya sendiri apabila dia kini berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A180 AMG yang dianggarkan bernilai lebih RM 200,000 pada usia 21 tahun.

Memetik temubual Media Hiburan, pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen itu berkata kereta berkenaan adalah kereta idamannya sejak dahulu.

Malah, usia muda bukan satu penghalang kerana dia telah mula mengumpul duit sejak 2 tahun lalu hasil dari lakonan demi mencapai impiannya tersebut.

“Saya tak pernah bayang dapat beli kereta idaman seawal usia ini. Alhamdulillah, saya mencapai satu lagi kejayaan dalam hidup. Semua ini tidak akan berlaku tanpa sokongan dan doa ahli keluarga.
“Ini adalah hasil titik peluh saya berlakon. Selama 2 tahun saya mula mengumpul duit untuk beli kereta idaman ini. Bila dapat beli, saya rasa puas dan berbaloi dengan kerja keras selama ini.
“Ini adalah kereta pertama saya. Sebelum ini, kalau ke mana-mana memang tumpang kereta pembantu peribadi (PA) saja. Kiranya, kereta ini sesuai dengan saya. Tak besar dan tak kecil sangat,” katanya.

Selepas merealisasikan impian membeli kereta idaman, bintang drama Pencuri Cinta Kelas Satu itu memaklumkan mahu membeli rumah pula.

“Tahun ini saya dapat beli kereta idaman, Insya Allah kalau ada rezeki tahun depan saya menyasarkan untuk beli rumah pula,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia sanggup bekerja keras pagi dan malam semata-mata dapat membeli semua yang diingini menggunakan titik peluh sendiri.

Terdahulu, Scha pernah dihentam netizen yang mendakwa dirinya mencacah tatu pada badan dalam  gambar yang dikongsi di Instagram.

Bagaimanapun, dia menafikan perkara tersebut dan menjelaskan ia merupakan tatu palsu yang dibeli dari Shopee.

Sumber: Media Hiburan, ohmymedia, Instagram Scha Elinnea