Uncle Grab Syak Bangla Ni Culik Budak Perempuan 13 Tahun, Tapi Rupa-rupanya….

0
2351
Uncle Grab suspek bangla nak culik budak
Tular mengenai seorang Uncle pemandu Grab membawa tiga orang penumpang yang terdiri daripada dua lelaki Bangla yang disyaki menculik seorang gadis berumur 13 tahun di media sosial.
Tindakan Uncle Grab tersebut telah menerima pujian oleh warga net yang memuji tindakan tersebut untuk mencegah jenayah culik  berlaku.
Uncle pemandu grab tersebut dikatakan telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila salah seorang penumpang perempuan warga tempatan hanya berusia 13 tahun menaiki keretanya  bersama dua lelaki dewasa warganegara Bangladesh tersebut.
unvle grab suspek bangla cuba culik budak perempuan
Pelik dengan hal tersebut dan bimbang sesuatu yang tidak kena, beliau telah mengambil keputusan untuk melalui jalan yang terdapat sekatan jalan raya iaitu di Tol Bukit Raja, Klang.

Akhirnya kedua-dua lelaki Bangladesh tersebut telah ditahan oleh anggota polis di lokasi tersebut.

Dakwaan Cerita sebenar apa yang berlaku

Tetapi di sebalik komen-komen pujian tersebut, terdapat pula satu komen dakwaan yang menjelaskan situasi sebenar apa yang berlaku.

Kes ini dikatakan telah ditutup kerana Uncle Grab salah faham dengan Bangla tersebut. Kedua-dua Bangla tersebut adalah merupakan kawan satu tempat kerja dengan ibu perempuan tersebut.

Kedua-dua lelaki Bangla tersebut ingin menemui rakan mereka di Setia City Mall dan meminta ibu perempuan tersebut memesan grab utntuk ke sana dan kebetulan kanak-kanak tersebut juga ingin ke Setia City Mall berjumpa kawannya.

Setelah kereta yang dibawa oleh Uncle Grab tersebut sampai, Mereka bertiga naik satu kereta menuju ke destinasi.

Uncle Grab yang merasa syak dan pelik dengan penumpang yang masing-masing tiada kaitan bertanya kepada kedua-dua lelaki tersebut sama ada mereka mempunyai permit. Kedua-dua mereka mengaku mempunyai permit.

Setiba di lokasi sekatan jalanraya di Tol Bukit Raja, Klang, tiba-tiba salah seorang daripada mereka mengaku hanya seorang sahaja yang mempunyai permit. Akhirnya mereka telah ditahan.

Ibu kanak-kanak tersebut telah dihubungi oleh pihak polis dan ibu mangsa mengakui anaknya menaiki grab bersama lelaki Bangla tersebut untuk ke Setia City Mall dan mereka semua telah dilepaskan setelah pihak polis mendapatkan butiran dan pengakuan daripada ibunya.

Sila rujuk komen mengenai penjelasan perkara tersebut di bawah  Wallahualam.

uncle grab
sumber: FB Pasal Johor