(Video) ‘Jangan balik kalau tak ada hasil!’ – Isteri marah suami OKU kerana gagal mengemis

0
3


Malang nasib seorang lelaki orang kurang upaya (OKU), bukan sahaja dipaksa menjadi pengemis, malah dimarahi isterinya apabila dia tidak berjaya memperoleh sebarang hasil. 

Menurut sumber yang memuat naik video dan gambar kejadian pada 23 Disember lalu di Facebooknya, insiden itu berlaku di Palembang, Indonesia. 

“Isteri menganiaya suaminya kerana suaminya jadi pengemis tapi tak ada hasil,” kapsyen post tersebut. 

Berdasarkan video dan gambar, wanita itu memarahi suaminya tanpa mempedulikan adegan memalukan itu diperhatikan oleh orang awam dan ada yang turut merakam perbuatannya. 




Si suami dengan keadaan dirinya yang kekurangan tidak melawan dan hanya mengelak dari dipukul isterinya. Sesekali dia diseret dan hampir saja dibaling dengan batu. 

Tindakan si isteri itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang mengecam dan melabelkannya sebagai isteri derhaka. 

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih





Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here