Tu dia!! Jem Giler Tol Sungai Besi, Tiga jam pun tak sampai tempat kerja, Minyak habis

0
343
jem tol sungai besi

Dengan bermulanya PKP bagi Kuala Lumpur dan Selangor, maka banyaklah sekatan jalan raya yang telah diadakan oleh pihak polis bagi mengelakkan pergerakan kenderaan bebas merentasi antara negeri tersebut.

Bagi warga kota di Lembah Klang yang ingin pulang ke Kuala Lumpur melalui Plaza Tol Sungai Besi, mungkin perlu bersedia daripada segi mental dan fizikal.

Sebentar tadi, seorang netizen Mohd Hafeez Zulkifli memuat naik rakaman foto dan video pendek tentang keadaan semasa dipercayai di plaza tol berkenaan.

Berdasarkan perkongsian tersebut, didapati laluan di plaza tol itu kelihatan amat sesak dengan kenderaan yang beratur panjang dari arah selatan ke plaza tol.

Kesesakan tersebut dipercayai agak lama kerana Hafeez menyatakan, ada sesetengah pemandu yang sanggup keluar dari kenderaan masing-masing dan berehat di tepi jalan.

Berikut di bawah adalah foto dan rakaman video yang dimuat naik olehnya.

 

Gambar: Mohd Hafeez Zulkifli

Sumber: FB Mohd Hafeez Zulkifli