(Video) Tular Rakaman Rakyat China Rebah Secara Tiba-Tiba Didakwa Akibat K0r0navirus?

0
289

 

Kebimbangan akan penularan koronavirus yang berasal dari Wuhan, China itu pada hari ini telah mencetuskan rasa panik kepada seluruh dunia selepas jumlah angka kematian yang dicatatkan sehingga ke hari ini telah meningkat seramai 25 orang dengan ratusan kes baharu dilaporkan.

Terbaru, video-video yang memaparkan beberapa orang warga China yang didakwa pengsan secara tiba-tiba akibat dijangkiti dengan virus misteri ini menjadi tular di media sosial.

Video tersebut seolah-olah menunjukkan betapa seriusnya virus ini serta keadaan yang berlaku di negara China pada ketika ini.

Hospital-hospital di China juga turut didakwa sesak dengan orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan.

Rakaman berkenaan seorang doktor yang didakwa tertekan akibat daripada penularan virus ini di sebuah hospital di Wuhan juga turut tular di media sosial.

Netizen di media sosial juga turut menyatakan kebimbangan dan panik akan koronavirus ini. Di Twitter, hal yang berkaitan dengan koronavirus ini bahkan telah menjadi trend.

Susulan daripada itu, virus yang tergolong dalam keluarga SARS ini dilihat telah pun tersebar di beberapa negara. Hal ini agak serius kerana pakar telah menyatakan bahawa cara untuk dijangkiti dengan virus ini adalah sangat mudah.

Oleh itu, orang ramai yang berada di luar negara atau yang bercadang untuk ke luar negara dalam masa terdekat ini dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkenaan virus ini dan ambil langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Sumber: Twitter, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Viwanita

Like Page Kami Juga Di Facebook Viwanita

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here