“Tak amik Pendidikan Islam masa sekolah ke?”…Vivy Terpaksa Hentikan Jualan Tali Leher

0
755

Siapa tak kenal dengan tudung berjenama DUCK yang dikelola oleh Datin Vivy Yusof ini. Walaupun sering kali terpalit dengan cerita-cerita negatif, namum Datin Vivy tetap menghasilkan design tudung serta product terbaru untuk peminat jenama itu.

Namun syarikat di bawah urusan Vivy Yusof itu sering sahaja menimbulkan kontroversi dengan produk-produk yang mereka hasilkan.

Seperti semalam, Duck telah melancarkan koleksi terbaru mereka yang diinspirasikan oleh watak Tony Stark dari filem Marvel Avengers.

Koleksi edisi terhad tersebut dihasilkan bersempena dengan Hari Bapa di samping juga sebagai menghargai babak terakhir filem Avengers Endgame di mana Tony Stark memberikan kata-kata terakhir buat anak perempuannya.

Oleh itu tudung sutera yang dikeluarkan dengan 5 pilihan warna itu turut diselitkan dengan perkataan I Love You 3000 yang sungguh bermakna buat peminat Avengers.

Selain tudung, Duck juga membuat kejutan bahawa mereka turut mengeluarkan versi tali leher untuk edisi Marvel  itu agar pelanggan boleh membeli tali leher yang sepadan dengan tudung mereka untuk dihadiahkan kepada bapa atau suami.

Walau bagaimanapun, penjualan tali leher tersebut telah terpaksa dihentikan penjualan gara-gara ramai yang menyatakan lelaki Islam tidak boleh memakai sutera.

Walaupun Duck berjaya bertindak dengan cepat dan menghentikan penjualan serta memulangkan semula wang kepada pelanggan yang telah membuat pesanan, perkara tersebut membuat netizen tertanya-tanya bagaimana produk tersebut boleh terlepas untuk dipasarkan.

“tak amik pendidikan islam masa sekolah ke…”

“general knowledge kot…”

“Takkan dah jual baru tau….”

“pemilik jenama pun Islam kan?”

Sumber : HCL

 

Source link

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here