Wanita muda isteri orang, nyaris dirogol jiran lelaki sebelah rumah

0
1577

Hidup berjiran seharusnya perlu saling bantu membantu dan hormat menghormati di antara satu sama lain.

Lain pula kisahnya di mana seorang wanita yang sudah bersuami hampir menjadi mangsa rogol jiran lelaki yang tinggal di sebelah rumahnya sendiri.

Dalam kejadian yang berlaku di Pongsu Seribu, Kepala Batas petang semalam wanita muda yang berumur 25 tahun itu telah mendengar bunyi tapak kaki orang berjalan di atas bumbung rumahnya.

Beliau mengambil keputusan untuk mencari dari mana datangnya bunyi itu, tetapi dia  dikejutkan dengan munculnya seorang lelaki yang merupakan jiran di sebelah rumahnya semasa wanita tersebut mahu membuka pintu bilik.

Menurut laporan polis,  Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memberi tahu, lelaki itu terus bertindak menarik tangan dan menolak mangsa masuk ke dalam bilik itu dan memeluknya.

Wanita tersebut cuba untuk menyelamatkan dirinya dengan cuba memukul kepala jiran lelakinya itu  dengan botol air yang berada di situ namun tak berjaya sebaliknya pelaku terbabit telah bertindak ganas dengan mengoyakkan baju wanita itu dan cuba untuk merogolnya.

Wanita itu bertindak dengan menjerit sekuat hati, menyebabkan jiran lelakinya itu ketakutan dan cuba untuk melarikan diri.

Ketika itu suami mangsa yang kebetulan baru pulang dari kerja telah bertembung dengan lelaki tersebut.

Suami wanita itu terus meluru masuk ke rumah setelah mendengar jeritan kuat isterinya dan beliau cuba untuk menangkap suspek tetapi suspek bertindak agresif dan memukul suami mangsa sebatang penyapu sehingga cedera di kepala.

Siasatan polis mendapati rumah wanita tersebut dan jirannya itu adalah jenis berkembar serta cuma dipisahkan oleh dinding bahagian tengah.

Polis telah berjaya menahan suspek yang berusia 21 tahun berhampiran tempat kejadian dan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadap suspek adalah negatif dadah. Kes telah disiasat mengikut Seksyen 455 dan 354 Kanun Keseksaan.

Sumber : Sinar Harian

Source link