Wanita Viral Didakwa Penggal Kepala Burung Hantu Di Media Sosial, Ditemui Maut Dipercayai Ditembak

0
717

 

Seorang wanita mencetus kemarahan warganet dengan tindakan memenggal kepala seekor burung hantu telah dilaporkan maut dalam nahas ‘drive-by’ di Colombia.

Menurut laporan, wanita tersebut dibunuh oleh penunggang motorsikal ketika dirinya berada di luar rumahnya pada petang ahad. Kejadian tersebut berlaku selepas wanita itu yang dianggap sebagai ‘Owl Killer’ memuat naik video dirinya memenggal kepala seekor burung hantu di media sosial miliknya.

Tambahnya, dikatakan bahawa salah seorang lelaki dari penunggang motorsikal itu telah melepaskan enam das tembakan ke arah wanita tersebut. Akibat daripada itu, mangsa tersebut dikejarkan ke hospital berhampiran oleh saudaranya dan disahkan meninggal dunia setibanya di hospital.

Menurut Daily Mail, pada bulan Jun yang lalu, wanita itu menjadi perbualan hangat di media sosial sehingga dirinya disoal siasat oleh pihak polis kerana videonya yang tular. Bukan itu sahaja, dirinya juga telah menerima beberapa ugutan di media sosial.

Walau begitu, pihak berkuasa belum memberikan sebarang maklum balas mengenai motif kematian wanita tersebut. Oleh itu, masyarakat diharap untuk mengambil pelajaran dari apa yang terjadi.

Sumber: Daily Mail

Source link