Selepas DG Hisham balas Tweetnya, Fifa Rahman Teruk Kena Kutuk habis2an dgn Netizen

0
1652
fifa rahman

Kejayaan Malaysia dalam membendung penularan jangkitan Covid-19 telah mendapat perhatian dunia setelah berjaya mengurangkan kadar merka yang positif kepada satu angka akhir-akhir ini.

Namun begitu rakyat Malaysia berasa tidak senang dengan laporan yang dibuat oleh stesen televisyen terkenal Al Jazeera berhubung yang telah membuat dakwaan berlakunya layanan buruk oleh pihak berkuasa di Malaysia terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam sebuah dokumentari khas oleh mereka.

Tohmahan yang dilakukan oleh mereka menyebabkan rakyat Malaysia berasa tidak senang dan marah dengan dakwaan tidak tepat oleh media tersebut sehingga menimbulkan perbalahan di kalangan netizen.

Di samping itu terdapat juga komen yang menyokong dakwaan oleh Al Jazeera itu di mana salah satu salah seorang pemilik akaun Twitter dengan nama Fifa Rahman.

Untuk makluman, Fifa Rahman adalah merupakan seorang wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO membuat komen meminta supaya  rakyat Malaysia dapat berlapang dada serta terima kritikan yang terdapat dalam kandungan dokumentari yang disampaikan oleh Al Jazeera itu.

fifa rahman

Fifa Rahman telah memuat naik kenyataan tersebut semasa memberikan respon terhadap video dokumentari yang telah disiarkan oleh Al-Jazeera tentang dakwaan golongan PATI diberi layanan yang buruk oleh kerajaan Malaysia.

Berikutan itu, Dr. Noor Hisyam sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (KKM) telah membalas balik muat naik oleh Fifa Rahman dengan meminta supaya wakil NGO tersebut untuk menyemak semula fakta terlebih dahulu sebelum memberikan komen berkaitan hal itu.

Jawapan balas daripada Dr Noor Hisham ttu juga telah mendapat pelbagai respon  daripada warganet. Rata-rata menyokong kenyataan beliau yang meminta agar wanita tersebut menyemak dahulu sebelum berkata sesuka hati.

Sumber: Fifa Rahman

Source link