Zarina Anjoulie Selamat Diijabkabul Dengan Sekali Lafaz

0
542
zarina annjoulie nikah

Zarina Anjoulie selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan pujaan hatinya, Eilyas Azhar pagi tadi.

Perkara ini telah disampaikan oleh juru solek Aizat Abdul Razak yang memang merupakan instafamous dan sahabat baik kepada Zarina Anjoulie.

Zarina Anjoulie Nikah di Pejabat Agama

Dengan sekali lafaz sahaja, pelakon popular ini disahkan menjadi isteri kepada Eilyas dengan berwalikan bapa Zarina di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Peminat ramai mengucapkan tahniah kepada beliau setelah mengetahui berita ini yang turut dikongsikan oleh Zarina melalui  posting yang telah dikongsikan beberapa jam yang lalu melalui Insta Stories milik beliau.

zarina anjoulie nikah

Foto insgtagram zarina anjoulie

Sepatutnya Zarina nak buat live streaming di Instagram miliknya saat-saat upacara ijab kabul tersebut dijalankan tapi menurut Aizat oleh sebab terlampau gementar, live tersebut tak jadi nak dibuat.

Aizat Tak Sangka Zarina Anjoulie Nikah

Zarina yang juga dikenali sebagai Anju menurut Aizat sebagai sahabat dia sangat gembira kerana sahabat baiknya itu kini telah selamat bergelar isteri orang.

Beliau juga tak sangka sahabat baiknya itu akan bernikah dengan Eilyas.

“Sudah tentu gembira dan pada masa sama saya terkejut sebab saya sangka mereka ni hanya main-main cinta sahaja, tidak nampak serius.

“Rupanya dalam senyap-senyap, rupanya memang mencari tarikh sesuai untuk langsungkan pernikahan. Alhamdulillah dan syukur,” katanya.

 

Di kediaman pengantin lelaki turut diadakan Majlis kenduri  yang dijalankan secara sederhana.

Sebelum ini Zarina pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Tetapi jodohnya tak panjang dan  perkahwinan mereka berakhir empat tahun lalu.

Difahamkan mereka akan mengadakan majlis resepsi dalam masa yang terdekat.

Foto: Instagram Zarina Anjoulie